Sunday 11 September 2011

[ITCENTER] Saham Pelaburan Terhebat 2011

 



SAHAM AKHIRAT
 

RAYUAN PESAKIT JANTUNG OKU
 
 
 
 
 Encik Mohammad Zahid bin Muda berusia
49 tahun (gambar atas) seorang Orang Kurang Upaya (OKU)sejak Beliau dilahirkan
tanpa kedua-dua belah kaki dari paras paha kebawah dan tanpa tangan kanan.
Beliau telah mula dikesan mengalami masalah berkaitan jantung pada 2009.
Beliau yang telah berkeluarga dan mempunyai
enam orang anak sering mengalami semput dan sesak nafas bila bergerak atau
berjalan Beliau dirujuk oleh Hospital di Kuala Terengganu ke salah sebuah
institusi perubatan jantung di Kuala Lumpur dan disahkan mengalami masalah
cardiovascular.
 
Malangnya rawatan pemulihan menerusi
pembedahan tidak dapat dijalankan lantaran beliau tidak mempunyai kedua-dua
belah kaki  dan memerlukan rawatan berterusan dengan memasukkan tiub untuk
mebuka saluran pada injap yang tersumbat setiap bulan. Bagaimanapun sebuah
pusat perubatan lain sedang mengkaji kemungkinan melakukan pembedahan
menggunakan kaedah lain dengan anggaran awal kos sebanyak RM 120,000.00.
 
Bagi setiap kali menjalani rawatan, beliau
memerlukan kos sebanyak RM 3,500.00 yang merangkumi perbelanjaan pengangkutan,
bayaran pendaftaran hospital, bekalan ubat, makan minum beliau dan pengiring.
Itu belum lagi termasuk kos diet pemakanan yang perlu beliau ambil setiap hari
yang mencecah    RM 1,800.00 sebulan, namun tidak dapat diambil
oleh kerana tidak berkemampuan.
 
Bagaimanapun beliau masih bernasib baik
kerana bil rawatan hospital bagi rawatan pertama sebelum ini yang berjumlah RM
42,235.25 ditanggung oleh pihak hospital selepas rayuannya diterima dan bagi
kos rawatan selanjutnya, beliau diminta mendapatkan dana sendiri.
 
Beliau yang sebelum ini bekerja sebagai
kerani sementara di salah sebuah institusi latihan kebajikan yang dikelolakan
oleh NGO's telah terpaksa mengambil cuti tanpa gaji selama beberapa bulan
sehinggalah beliau diberhentikan pada Januari 2011 ketika beliau masih dalam
rawatan.
 
Beliau kini hanya mendapat bantuan JKM
sebanyak RM 300.00 sebulan manakala isteri beliau yang mengusahakan gerai
makanan secara kecil-kecilan memperolehi pendapatan sebanyak RM500 sebulan
tidak mampu untuk membiayai perbelanjaan rawatan sepanjang hayat beliau.
 
Sehubungan itu beliau merayu kepada mana-mana
pihak, samada syarikat atau orang perseorangan yang bermurah hati dan sudi membantunya
agar menghulurkan sumbangan kepadanya. Semua sumbangan bolehlah disampaikan
terus kepada beliau seperti alamat atau menerusi akaun tertera dibawah;
 
Akaun Bank Simpanan Nasional
(BSN)         
            No.
11300-29-00009991-1
Akaun Maybank                                                         
No. 1630-8208-8211
 
Mohammad Zahid bin Muda
K/P  620719-11-5069
(Untuk sebarang maklumat lanjut, sila
e-melkan kepada: gemilangvclub@gmail.com
 
Adalah diharapkan agar sumbangan tuan/puan
akan dapat membantu beliau mendapatkan rawatan sempurna dan berharap beliau
akan cepat sembuh dan pulih seperti sediakala. Semoga sumbangan ikhlas
tuan/puan akan mendapat balasan dan ganjaran jua daripada ALLAH S.W.T. 
Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani akan hambaNya. 


[Non-text portions of this message have been removed]

__._,_.___
Recent Activity:
--
www.itcenter.or.id - Komunitas Teknologi Informasi Indonesia
Gabung, Keluar, Mode Kirim : itcenter-help@yahoogroups.com

MARKETPLACE
A bad score is 598. A bad idea is not checking yours, at freecreditscore.com.

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___